CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 17, 2009

Tokoh-tokoh Yang Saya Sanjungi


Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 dan Perdana Menteri yang pertama sejak kemerdekaan pada Tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan' atas jasanya mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor, Kedah yang juga lebih dikenali sebagai Istana Pelamin . Beliau merupakan anak yang lelaki ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24.

Beliau bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Beliau juga lebih senang bertutur Bahasa Siam tetapi beliau telah belajar bertutur Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Untuk mempelajari Bahasa Inggeris pula, seorang guru akan datang ke rumah beliau dan mengajar beliau bahasa tersebut.

Beliau mangkat pada 6 Disember 1990 dan jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star, Kedah.

Tokoh-tokoh Yang Saya Sanjungi


Tan Sri Dr. P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Beliau menyambungkan pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua. Ketika tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tentera Laut Jepun dan kembali semula ke Penang Free School selepas tamatnya perang.
Beliau mula bermain muzik dengan menggunakan ukele dan kemudian beliau telah beralih ke gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.