CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 17, 2009

Tokoh-tokoh Yang Saya Sanjungi


Tan Sri Dr. P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Beliau menyambungkan pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua. Ketika tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tentera Laut Jepun dan kembali semula ke Penang Free School selepas tamatnya perang.
Beliau mula bermain muzik dengan menggunakan ukele dan kemudian beliau telah beralih ke gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.

0 comments: